Monday, July 30, 2012

Salam ^^ Satuuuuuu Malaysiaa


Selamat petang , Salam Monday,, Salam Ramadhan dan Salam Satuuu Malaysia   di ucapkan..
Kepada yang bekerja.. teruskan bekerja,, yang berada di kelas jangan tidur dalam kelas..
yang berpuasa teruskan berpuasa insyaAllah yang bagi yang belum putus berpuasa tu sama-sama kita berdoa agar puasa kita di terima olehNya,,, dan bagi yang tengah bercuti macam sya ni.. selamat bercuti, masih lagi ni mood/aura bercuti ni terasa kehangatannya..

Di waktu2 bercuti ni la ada saja perkara baru atau kenangan baru yang menjelma , kesemuanya baik-baik belaka,,,

Syhhh!!!

Kepada Mokcik Mokcik,, Pokcik Pokcik & aunty pugutt ....       jangan terkejut dengan gambar misai yang luar biasa disebelah...
Ianya merupakan satu gaya yang ditiru dalam  drama Ali baba bujang Lapuuukkk.... ;)


Sehingga kita berjumpa lagi ...

Wednesday, July 25, 2012

Risiko >>>

Ketawa itu mengambil Risiko  kelihatan Bodoh ,,,
Menangis itu mengambil Risiko kelihatan Sentimental...
Menghulur tangan itu mengambil Risiko Terlibat..
.
Meluahkan  perasaan itu mengambil Risiko mendedahkan diri sebenar...
Meletakkan idea / impian di hadapan orang ramai mengambil Risiko Kehilangannya..
..
Mencintai itu mengambil Risiko tidak akan dicintai Kembali,,,
Hidup mengambil Risiko Mati,,,
Berharap Mengambil Risiko Kecewa....
Mencuba itu mengambil Risiko Gagal !!!




**namun tidak semua Risiko itu akan terjadi,, kita mencuba Tuhan yang menentukan ^____^

Selamat Pagi Sahabat

 
Kalau datang lelaki COMEL, walaupun bukan ustaz, bukan tok guru,bukan ulama', hanya org biasa.. TETAPI sembahyang 5  waktu, tak mkn benda haram, tutup aurat dan bila ada kuliah di surau dan masjid2 dia tak menguzurkan diri, walau pergi seminggu 2 kali, itu dikira baik pada agama. Dekatilah lelaki baik seperti ini biarpun dia jalan kaki, naik motor, tak ada kereta kerana rezeki itu rahsia Allah...

Selamat pagi sahabat-sahabat. Banyakkan berdoa utk hari2 yg baik
** copy from Eddy Syrol ;) ( jan mara rr ady .. lawa mukadimah ko ni)

Monday, July 23, 2012

Sinyu Nakal

HoHoHo.....

Gambar di sebelah bukan satu adegan dalam drama melayu, Hindustan mahu pun drama Tamil... :)

> Merra Nam Hai   ...  Eddie Hariz  Bin Zulfadli  berusia 5thn pada 05 July 2012...
Sangat petah berkata kata.. daya pemikirannya melebihi kanak2 yang sebaya dengan nya.. 

> Siapa yang menegurnya  mengajak berbicara..  haruslah waspada,, takut terkena  ;) dia ni loyar buruk sikit ala2 loyar la juga,,

> ketawa? huhh memang org tersenyum ngan gayanya.. macam pakciknya juga ;)

> kereta2, robot2 bukan mainannya.. malah di kata "eh!! mainan budak2 tuuu.." conterstrike, plant n zombie,  need for speed.. ha tu mainan dia.. stakat on laptop ,taip pasword, main game n play video upin ipin  .. kicik punya hal bagi dia.. 

Apa pun tentang dia.. kehadiran dia menjadi penyeri dalam sesebuah rumah ..Doaku semoga , membesar dalam keadaan ceria, berjaya di dunia dan di akhirat kelak InsyaAllah ;)

Ni la sebenarnya si Sinyu Nakal


Sunday, July 22, 2012

Aki nabalu~

Huhh selalu pagi2 ahad begini ni masi lagi aku melekat ngan bantal yang 6 tahun lamanya x di basuh kat bilik aku tu....  biasala nak jadi rajin kan...



ada berita la tu yg  nak aku share...

Semalam Tarawih ke 2.. lebih ramai dari tarawih pertama..  selapas selesai ja tarawih terus ke jamuan 'morie' ,,, ada la member2 sependakian gunung kinabalu 2 tahun lepas bertanya tentang niat mereka hendak naik balik.. aku kata dalam bulan nov ni... sedang asyik bercerita.. rupa2nya ramai yang mendengar eh..ehh.. ehhh... termasuk la imam surau tersebut... apa lagi bermacam macam soalan di ajukan ,, sejuk ka? pakai baku apa ka? berapa lama ka?..... Aku seolah olah mempengerusikan satu mesyuarat PIBG pla di sekolah hehe...

Mereka semua bersemangat dan berniat hendak naik... malah bercadang hendak mewujudkan persatuan belia , dan meminta la sponser dari Yb Yb yang budiman... "waaa ini suda kira ok" ,,, wa mau naik balik loo kalau itu macam....


Rasa puas apabila sampai di puncak x sama dengan puasnya makan buah durian sebanyak 10 biji, atau pun puasnya ketika bangun daripada mimpi basah ...  rasa puas tu kekal ,, sbg contoh anda laludan ternampak gunung kinabalu, ternampak gambar , org di sebelah anda bercerita atau bertanya kpd anda... pada masa itu senyuman ala2 kambing anda akan terkeluar, dan menyatakan anda dah sampai ke puncak ;)..



aku berasa simpati apabila di pahamkan seorang rakan sependakian dan merupakan seorang polis PGA seperti dalam gambar diatas , baru2 ini telah di tikam di bahagian dada sewaktu bertugas menjaga sempadan di area lahad datu....


Huhh >.... yang pastinya aku dah sampai di puncak :)




Dan yang pastinya .... Nov ni pasti aku naik lagi......







p/s rugi jadi org sabah kalau x try naik.... 


cc ;; aunty pugut,, jom naik

Saturday, July 21, 2012

~Semanis Kurma~

           "Manis kah Kurma itu"   ^^

 Asalamualaikum w.b.t,, selamat petang saya ucapkan ....
..hanya tinggal 2 jam saja lagi masa untuk berbuka,,  bagi pakcik2 , makcik2, abang2 ,kakak2  yang hendak ke bazar ramadhan tu,, singah2 la ke gerai di kawasan perkarangan Masjid Kota Belud...



Bukan apa saja nak tolong member promo  kurma yang di jual nya .. antara kurma terbaik  yang di jualnya , ialah Yusuf Taiyyob...



Murah!! sangat Murah ,, kalau d area KB la... ..


.... so jangan segan silu.. jangan malu2 kucing ;)...  datang ja ke gerai tu..  sebabnya juga aku ada turut  tolong menjual ^^..

~ ChikaRo ~

Asalamualaikum w.b.t selamat pagi , salam 1 Malaysia dan 1 Ramadhan ... fuhh 1st puasa mesti lah semangat beb!! start nya hari ini,, nak buat perkara baik ja,, gurau2 yg lebih2 , tipu2 x da,, dah lepas da tu..

Sahur.. erm sangat memuaskan  .. aku di kejutkan dengan 3 sms 1 calling dari Chikar0 & last sekali alarm hp aku.. baru la aku bangun sekutar 3.25am.. .. bukan pasal sahur aku nak story ,, tapi pasal Chikar0 atau bahasa saintifiknya perempuan :)


Sejauh mana kehebatan Chikar0 pada seorang romeo?

~bisa buat x ingat dunia?
~bisa membuat golongan romeo sentiasa ketawa,tersenyum mahupun senang hati?
~atau  seorang Chikaro bisa membuatkan romeo menyanyi sambil bermain gitar untuknya? ( ala2 filem hindustan la pula)
~ sanggup buat romeo berlari dalam hujan sebab kena suru beli top up (hahahah... )
~ bisa membuatkan romeo sedih , risau, jadi hamba , tertunggu tunggu.. dll..

ya ka tu? arr romeo?

Kata orang.....

 ~ Chikaro hatinya lembut  seperti air,, bukan seperti api,, tapi seperti air pun jangan di sangka x pandai mendidih...
~ Mestilah sabar.... ( sapa yg bkuasa ni wei llki ka ppuan )
~ ada beza tu chikaro bandar ngan Chikaro kampung kampung... hahahha... tu  kata orang..

Kata aku...

~ ermmmm... kak peahh,,, mak bedah..kak temah.. cik Joyah... aku nak jalan jap .. kita sambung cerita ni pada sabtu minggu depan 28hb ;) daaa



**  masa dah time...  nak p ke utara jap.. petang jumpa d bazaar,,,

Friday, July 20, 2012

~Blackberry



20 July 2012 2.46pm.. BB aku x henti2 berdering kena kol or sms ..
semuanya pasal Gerai Pekan Di taginambur yg di robohkan,,,, pandainya bos aku,,,  urusan pejabat  kol pejabat laaa.. kureng,,
kalau BB aku x henti2 berdering dari 'Si Dia ' x apa jg =)..

~ Aku pengguna Blackberry,  saja nak share hp aku rasa tercanggih yg aku pernah pakai selain iphone4s (will coming)

~ Kalau di tanya kelebihan huhh!!  malas nak cerita , cuba sendiri baru tahu.. nak tahu sangat p tanya kak Kiah ka, mak Bedah ka.. Full story dorang cerita tu...    

                           
 

 ~ Cuma 1 ja aku x suka.. LOW BATT... huhhu menyebabkan aku kesana dan ke sini dengan kabel usb BB..

~ Dengan erti kata lain kebaikan lebih banyak dari keburukan.. dan yang paling penting INTERNET yang paling murah... ^^

~ So sesiapa yg guna BB ringan2kan la hati utk scan barcode di bawah ni  ;)

"Yeaaah Yeahhh!!! Esok Puasa"


20 July 2012

Assalamualaikum....esok merupakan hari yang bermakna bagi seluruh umat islam didunia ni...yahoo!!! esok puasa! 
Start esok maka berubah kerja2 rutin seharian ku, mungkin seperti ramadan tahun2 yang lepas bersahur, ke bazar ramadhan.. jalan kaki beramai ke tarawih bersama uda dan dara ;).. pas tarawih terus menyimpang ke gerai karoke .. tu lah rutin ramadan ku tahun lepas.. x tahu lagi  macam mana pla kali ini...
...dikesempatan ini aku nak mungucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat islam , org yg tersayang =) dan juga blogger didunia ni....bagi yang non-muslim,tak salah kalau kalian semua ingin merasa apa itu "puasa" boleh la cuba-cuba berpuasa...disini juga aku ingin memohon maaf kalau-kalau pernah terkasar bahasa atau tersalah kata dekat korang semua...maaf dari hujung kaki hingga ke hujung rambut...


...sama-sama la kita menghayati ibadah puasa ini dengan penuh kesyukuran...sekali lagi diucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dari saya Sinyu Nakal & keluarga...












*****cam mana nak ubah tarikh blog ni arr ...hai yaaa  yeo mea kau co wa..

"Si Penghibur Jalanan"


Gambar ini aku ambil beberapa tahun lepas di salah sebuah pusat membeli belah  di ibu kota..
Gara-gara orang ini juga aku tertinggal baju yang aku beli yga harganya hampir Rm 170 pada masa itu,, sakit hati pun ada geram pun ada,,, tapi tetap aku rasa puas dan gembira..
Sedang aku keluar dari bangunan pusat membeli belah  tersebut.. aku terpanggil, tertarik, terpukau,, dan sehinggakan terduduk di hadapan si penghibur jalanan ini bersama dgan orang2 yang ada pada ketika itu.. apa bila beliau memetik gitarnya dan menyanyi kan lagu dari M.Nasir "Sesat di Kuala Lumpur"

`` fuhh meremang bulu roma juga dibuatnya...masing2 yang mendengar berpuas ati dan memberi sorakan yang positif,,, padamasa itu lah baju aku tertinggal di tempat aku duduk .. ;)

~jom dengar lagu ini ^^


Lirik Lagu Sesat di Kuala Lumpur - Kembara

Sesat di Kuala Lumpur
Dosa dan pahala bercampur
Tapi kita perlu hidup
Kita perlu terus hidup

Terima kasih tuan dan nyonya
Doa sejahtera kami pohonkan
Pada Tuhan Maha Kuasa
Tuhan Maha Kuasa

Mungkin kita kan temui kebahagiaan
Di Kuala Lumpur
Dan mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi kaya dalam lumpur
Mungkin kita akan terpedaya

Mungkin ada jalan di Kuala Lumpur
Jalan bahagia
Mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi alpa serta lupa
Dan Mungkin kita kan terpedaya
Mungkin kita akan jadi kaya serta lupa
Mungkin kita lupa pada asalnya


Lagu dan lirik oleh M. Nasir







*******apasal lambat tarikh blog aku ni arr.. mingung aku...ni hari 20/7/2012

Duit yang Berkuasa?


Salam jumaat.. dari saya si Sinyu Nakal ^^...
Hari ini merupakan hari yang mulia dan merupakan hari kepada penghulu segala hari.. seperti kelmarin aku bersendirian di bilik pejabat ni.. kerana bos ku amat rajin menghadiri mesyuarat nun jauh di seberang sana.. dan aku pun bertambah rajin la menaip tentang pulus atau bahasa saintifiknya "duit ;; ;)

Duit yang berkuasa .. tu la topik hari ni sedang kami tgah bersarapan  di salah sebuah gerai..
masing2 x mahu mengalah.. dan bertegang dengan menyatakan zaman sekarang duit yang paling berkuasa,,
duit mampu merubah apa sahaja,, duit mampu membeli siapa dan apa sahaja .. mahupun manusia  , akal fikiran manusia, hati manusia  dan perasaan manusia.. jika difikirkan ada betulnya juga kata si kawan...

Tapi bagi aku duit tetap aku letakkan  sebagai no2  berkuasa.. benar duit boleh membeli apa saja..  tapi satu yang duit x boleh beli  ,,,, sebab itu aku letakkan duit sebagai no 2.. dan Tuhan sebagai no 1 .    wallahualam

Thursday, July 19, 2012

Kembali Lagi....




*** 19 July 2012 ***10.03am
Pintu  yang bertahun terkunci , terpaksa aku bukakan perlahan-lahan..
kini aku kembali lagi,,akan menulis, melakar mahupun merapu.. mungkin antara sebabnya aku dah rajin dekat2 ramadhan ni :)..   apa2 pun wish me luck  utk apa2 ja , jikalau ada arah yang melintang
- urmm bos x da tgh boring tu la tetiba ingat blog ni masi ada rupa2nya..